“Kebenaran yang disembunyikan adalah musuh terbesar manusia!”
— Ghazul, GUNDALA, (2019).
Wawancara eksklusif bersama Pak Ecky, Editor Komik Bumilangit serta Inker bagi komik GUNDALA: DESTINY, adaptasi rasmi filem GUNDALA di dalam sebuah forum yang dihoskan oleh Wukong, Presiden Penggiat Komik Malaysia (PEKOMIK) di kedai The Last Comic Shop Malaysia pada 29 Disember 2019:
Pelajari dengan lebih lanjut tentang fakta-fakta seperti:
- Sejarah industri komik Indonesia daripada zaman 1960-an sehingga kini.
- Bagaimana Bumilangit berjaya memiliki 1000 watak-watak komik Indonesia.
- Empat era komik Bumilangit: Era Legenda, Era Jawara, Era Patriot, Era Revolusi.
- Masa hadapan Jagat Sinematik Bumilangit di pawagam sehingga tahun 2025!
- Usaha syarikat Bumilangit sejak tahun 2003 lagi untuk memulihara seni komik klasik Indonesia.
Komik Adaptasi Rasmi GUNDALA: DESTINY
Sekiranya anda ingin mengetahui tentang Anak-Anak Bapak yang menjadi pengikut setia Pengkor dengan lebih lanjut, dapatkan komik adaptasi rasmi GUNDALA: DESTINY di pasaran sekarang di kedai-kedai buku Malaysia yang terpilih: MPH, Popular, serta Kinokuniya.
Poster dan Sinopsis GUNDALA
“Indonesia’s preeminent comic book superhero and his alter ego Sancaka enters the Bumilangit Cinematic Universe to battle the wicked Pengkor and his diabolical squad of orphan assassins.”
“Sancaka, seorang anak yatim. Ayahnya tewas dalam sebuah kerusuhan. Ia tersambar petir.
Pengkor, seorang anak yatim. Ayahnya tewas dalam sebuah kerusuhan. Ia terbakar api.
Ruang dan waktu memisahkan mereka, namun takdir mempertemukan mereka.”
Sinopsis Filem GUNDALA (2019)
#SoalanCepumas
Sekiranya anda menyukai liputan kami tentang filem GUNDALA (2019) setakat ini, selidik artikel-artikel kami yang lepas tentang BUMILANGIT CINEMATIC UNIVERSE di:
- #TriviaKomik – 5 Fakta Komik GUNDALA Yang Anda Wajib Tahu
- #TriviaFilem – 7 Rahsia Disebalik Tabir Filem GUNDALA
- #TriviaKomik – 15 Watak Komik Yang Menginspirasikan Filem GUNDALA
Filem GUNDALA kini disiarkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 26 Disember 2019. Apakah harapan anda untuk filem sulung ini yang bakal memulakan Semesta Sinematik Bumilangit – dunia perfileman adiwira daripada Indonesia?
Bincangkan.