“Humans of the planet Earth. While you slept, the world changed…”
— Professor Charles Xavier, HOUSE OF X #1 (Julai 2019).
Selepas peristiwa di dalam komik HOUSE OF X dan POWERS OF X mencapai kesimpulan dramatiknya, kisah keluarga X-Men akan berubah selama-lamanya – bermula dengan komik X-MEN #1 nukilan penulis tersohor Jonathan Hickman (INFINITY, SECRET WARS) dan artis superstar Leinil Yu (NEW AVENGERS, CAPTAIN AMERICA).
Era terbaru X-Men ini, memaparkan sebuah kumpulan baru yang diketuai oleh Cyclops (Scott Summers) yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat susur galur Summers – daripada pelbagai era dan realiti alternatif. Selain daripada Scott, kumpulan ini dianggotai oleh Marvel Girl (Jean Grey), Young Cable (Nathan Summers), Phoenix (Rachel Summers), Havok (Alex Summers), Vulcan (Gabriel Summers), Corsair (Major Christopher Summers) dan X-Men kegemaran ramai serta satu-satunya ahli bukan daripada keluarga Summers – Wolverine!
Muka Hadapan Varian Versi Penerbit (12)
Komik X-MEN #1 yang dijual di pasaran komik sedunia bermula minggu ini, mempunyai muka hadapan utama oleh pelukis superstar Leinil Francis Yu, dengan muka hadapan varian utama oleh Stanley ‘Artgerm’ Lau. Varian-varian lain juga boleh didapati daripada Marvel Comics yang dilukis oleh artis seperti Mark Bagley, Marco Checchetto, Russell Dauterman dan Mark Brooks.
Tatapi kesemua 20 muka hadapan bagi komik X-MEN #1 di pasaran sekarang:
Muka Hadapan Varian Versi Artis Dan Vendor (8)
Komik X-MEN #1 juga mempunyai varian-varian muka hadapan yang eksklusif daripada vendor dan artis-artis seperti Shannon Maer, Jeehyung Lee, Lucio Parrillo, Woo Chul Lee dan Kevin Eastman.
#SoalanCepumas
Anda kini boleh mendapatkan isu komik X-MEN #1 anda yang tersendiri di The Last Comic Shop Malaysia. Manakah diantara 20 muka hadapan nukilan pelbagai artis superstar Marvel Comics masa kini yang anda paling minati?
Bincangkan.