
Di dalam sebuah wawancara eksklusif bersama majalah Empire, Feige menyatakan bahawa koleksi 22 filem pertama Marvel Studios selama 11 tahun ini – bermula dengan IRON MAN (2008) dari Fasa MCU Pertama sehingga lah AVENGERS: ENDGAME (2019) dari Fasa MCU Ketiga yang bakal terbit bulan hadapan – mempunyai nama rasmi: ‘THE INFINITY SAGA’ !
Ini merujuk kepada kehadiran ‘Infinity Stones’ yang menjadi tunjang kepada plot-plot bagi 22 filem pertama Marvel Cinematic Universe – berasal daripada isu-isu Marvel Comics ’80-an dan ’90-an seperti THE INFINITY GAUNTLET, THE INFINITY WAR dan THE INFINITY WATCH.
“We wanted to bring to a conclusion a series of movies in a way that had never been done before. Harry Potter had an ending because there were only so many books. Lord of the Rings too. But we thought, 22 movies in, wouldn’t it be fun to bring some finality to the storyline?”
Kevin Feige, Empire Magazine
#SoalanCepumas – Apakah harapan anda untuk AVENGERS: ENDGAME nanti – penutup tirai untuk THE INFINITY SAGA ?
Bincangkan.
Filem AVENGERS: ENDGAME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik MCU di www.buzzpop.tv!