“Hello and welcome to the 77th Golden Globes Awards, Live from the Beverly Hotel here in Los Angeles!”

— Ricky Gervais, 77th GOLDEN GLOBES, (2020).

Upacara The 77th Golden Globes Awards di Hollywood tempoh hari memulakan tradisi Musim Anugerah setiap tahun – menyambut kegemilangan di dalam industri perfileman Hollywood daripada tahun sebelumnya – yang bakal berakhir dengan The 92nd Academy Awards pada 9 Februari 2020. Ikuti 15 fakta yang anda wajib tahu tentang Golden Globes tahun ini:

1. Apakah kelainan Anugerah Golden Globes daripada Anugerah Oscars?

Pemenang-pemenang Anugerah Golden Globes hanyalah ditentukan oleh para juri yang kurang daripada 90 orang (ahli-ahli Hollywood Foreign Press Association – wartawan luar negara yang bermastautin di Amerika Syarikat) berbanding dengan Anugerah Oscars yang dipilih oleh para juri The Academy of Motion Picture Arts and Sciences yang lebih besar (8,000 orang). Oleh itu Golden Globes selalunya dikira sebagai anugerah picisan jika dibandingkan dengan Oscars.

2. Mengapakah Anugerah Golden Globes relevan?

Namun begitu anugerah Golden Globes agak penting kerana (1) ia memulakan Musim Anugerah di Hollywood dan (2) ia ditayangkan beberapa hari sebelum pencalonan Anugerah Academy Awards ditutup setiap tahun – mempengaruhi minda pengundi dan proses pecalonan Oscars secara tidak sengaja!

3. Korelasi Pemenang Best Picture Golden Globes Dengan Pemenang Best Picture Oscars

Di dalam tempoh 20 tahun yang lepas (2000-2020), sebanyak 11 kali pemenang anugerah Best Picture di Golden Globes telah mengakhiri Musim Anugerah pada tahun tersebut dengan memenangi anugerah Best Picture di Academy Awards! Daripada American Beauty (2000) kepada Green Book (2019). Berdasarkan rekod ini, adakah filem 1917 ataupun Once Upon A Time In Hollywood bakal memenangi anugerah Best Picture Oscars tahun ini?

11 Pemenang Best Picture Di Golden Globes DAN Oscars Pada Tahun Yang Sama (2000-2020)

4. Gervais Datang Lagi!

Pelakon komedi British, Ricky Gervais pulang untuk menghoskan upacara Golden Globes ke-77 bagi kali kelima – dimana monolog pembukaannya ditapis sebanyak 2 kali (‘Dame Judi Dench licking her own a$$hole’ dan ‘Fuck Off!’). Gervais yang terkenal dengan lawak jenis ‘cakap lepas’nya sememangnya membawa nafas baru kepada tradisi Musim Anugerah setiap tahun – yang selalunya terlalu formal dan penuh protokol.

https://twitter.com/missionisgreat/status/1214004639269576704?s=20

5. Pemenang Terbesar Golden Globes 2020

Quentin Tarantino dengan filemnya Once Upon A Time In Hollywood berjaya menggondol tiga anugerahBest Screenplay, Best Picture (Musical Or Comedy) dan Best Supporting Actor. Filem Tarantino sememangnya menjadi kegemaran ramai pengkritik sejak tayangan perdananya di Cannes Film Festival pada bulan Mei 2019 lagi. Dapatkah Tarantino menggondol anugerah Best Picture dan Best Director di Oscars 2020 nanti?

6. Kejutan Terbesar di Golden Globes 2020

Filem epik berlatarkan Perang Dunia Pertama, 1917 oleh pengarah Sam Mendes juga berjaya mengejutkan orang ramai, mengalahkan filem-filem penuh hype seperti The Irishman oleh Martin Scorsese, Joker dan Marriage Story untuk memenangi dua anugerahBest Picture (Drama) dan Best Director. Adakah filem 1917 bakal membuat kejutan lagi di anugerah Oscars nanti?

7. Pemenang Terbesar Filem Bergenre Komik

Filem Joker oleh penulis-pengarah Todd Phillips memartabatkan genre filem yang berdasarkan buku komik apabila ia berjaya memenangi dua anugerah di Golden Globes 2020 – Best Original Score dan Best Actor – Drama.

8. Pemenang Terbesar Untuk Kategori Televisyen (TV)

Jika dibandingkan dengan rakan-rakan seperjuangan Streaming Wars yang lain (Apple TV+, Disney+, Netflix), HBO dan Amazon Prime merupakan pemenang terbesar untuk kategori TV di Golden Globes. Kedua-dua siri TV komedi Fleabag daripada pelantar penstriman Amazon Prime, serta siri TV drama Succession daripada pelantar penstriman HBO – berjaya memenangi dua anugerah Golden Globes bagi setiap satu.

9. Pemenang Wanita Asian-American Pertama

Rapper YouTuber/pelakon Awkwafina yang membintangi filem The Farewell, mengorak sejarah di Hollywood apabila dia menjadi pelakon utama berbangsa Asian-American yang pertama untuk memenangi anugerah Golden Globe (Best Actress in a Musical or Comedy). Filem arahan sutradara wanita, Lulu Wang mengisahkan tentang seorang pendatang Chinese-American yang cuba mengelakkan neneknya daripada sebuah diagnosis perubatan yang bakal membawa maut.

10. Pemenang Wakil Korea Selatan Pertama

Pengarah berbakat Bong Joon Ho (The Host, Snowpiercer, Okja) mah rekod di Hollywood apabila filem black comedy drama thrillernya, Parasite berjaya memenangi anugerah Best Foreign Language Film di Golden Globes 2020. Ucapannnya sejerus selepas memenangi anugerah ini, sememangnya amat pedas sekali untuk para penonton Amerika Syarikat!

11. Kejutan Di Kategori ‘Best Animated Movie’

Laika Studios membawa satu lagi kejutan yang besar di Golden Globes 2020 apabila mereka menggondol anugerah Best Animated Movie dengan filem animasi stop motion mereka – Missing Link – yang berjaya mengalahkan pencalonan tiga filem animasi Disney tahun ini – Toy Story 4, Frozen II dan The Lion King!

12. Rekod Terpanjang Di Kategori ‘Best Original Song’

Penyanyi legenda Elton John mencipta rekod terbaru di Golden Globes 2020 selepas memenangi anugerah Best Original Song untuk lagu “(I’m Gonna) Love Me Again” daripada filem Rocketman. Rekod tersebut adalah ‘Tempoh Terpanjang Di Antara Kemenangan Anugerah Golden Globes’ selama 26 tahun! John memenangi anugerah Golden Globe pertamanya dengan lagu “Can You Feel The Love Tonight” daripada filem The Lion King pada tahun 1994.

13. Cecil B. DeMille Lifetime Achievement Award

Tiada mata yang tidak basah berlinang dengan air mata apabila pelakon legenda yang penuh emosi pada malam itu, Tom Hanks memberi nasihat kepada para pelakon baru ketika menerima anugerah Cecil B. DeMille Lifetime Achievement Award di Golden Globes 2020. Hanks yang telah berkecimpung di persada Hollywood sejak tahun 1979 lagi, menerima anugerah pencapaian ini untuk karier 41 tahunnya yang penuh dengan filem-filem klasik seperti: Big (1988), Sleepless In Seattle (1993), Forrest Gump (1994), Cast Away (2000) dan Toy Story 3 (2010).

14. Carol Burnett Award

Pengacara Ellen DeGeneres yang menerima anugerah Carol Burnett Award for Achievement in Television di upacara Golden Globes 2020 juga merupakan momen yang mengujakan pada malam itu. DeGeneres merupakan satu-satunya daripada artis pertama untuk mendedahkan status LGBT-nya di Hollywood pada zaman 1990-an berkata: “All I ever want to do is make people feel good and laugh.” Personalitinya yang bersahaja di depan kamera dan caranya melawak sarkastik sopan – menjadikan penganugerahan ini satu daripada kemuncak untuk upacara Golden Globes 2020!

15. Kekalahan Terbesar Di Golden Globes 2020

Kekalahan terbesar di Golden Globes 2020 semestinya adalah pelantar penstriman Netflix yang menerima 34 pencalonan – terutamanya 6 pencalonan untuk filem Marriage Story oleh pengarah Noah Baumbach, dan 5 pencalonan untuk filem The Irishman oleh pengarah legenda Martin Scorsese. Netflix hanya berjaya memenangi 2 anugerah pada malam itu: Laura Dern untuk Best Supporting Role bagi filem Marriage Story dan Olivia Colman (“The Crown”) yang memenangi anugerah Best Actress In A Television Drama.

Marriage Story Laura Dern /Netflix The Crown SEASON 3/Olivia Colman

Adakah sebab tersirat disebalik kegagalan Netflix di Golden Globes 2020 sebenarnya menyembunyikan sikap elitis segelintir pihak berkuasa di Hollywood yang masih mengimpikan cara melakukan bisnes zaman kuno dimana pengguna menonton TV 24-jam seminggu dan berpusu-pusu ke pawagam setiap hujung minggu untuk menonton wayang?

Sudah sampai masanya Hollywood berubah menurut arus pemodenan era baru yang penuh dengan mobiliti dan sifat pengguna yang mahukan hiburan mereka pada bila-bila masa sahaja di mana-mana pelantar pilihan mereka tersendiri! Tidak kisah lah sama ada ia merupakan TV mahupun pawagam ataupun gajet masa kini seperti komputer peribadi, komputer riba, fon ataupun tablet…

#SoalanCepumas

Apakah peristiwa-peristiwa yang membuatkan anda paling teruja daripada upacara Anugerah Golden Globes tahun ini?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...