“300 years before Game of Thrones, dragons ruled Westeros.”

— George R.R. Martin, GAME OF THRONES, (2019).

Ketika diwawancara oleh Deadline.com di acara Television Critics Association (TCA) Winter Press Tour tempoh hari, Presiden Pemprograman saluran HBO – Casey Bloys menyatakan bahawa siri televisyen (TV) prekuel GAME OF THRONES yang berjudul HOUSE OF THE DRAGON, bakal ditayangkan pada tahun 2022 nanti!

“Obviously it’s a big, complicated show. My guess is sometime in 2022. They are starting writing (now).”

Casey Bloys, Presiden Pemprogaman, HBO
  • Siri TV HOUSE OF THE DRAGON akan diadaptasikan oleh penulis skrip baru Ryan Condal (Rampage, Hercules) berdasarkan buku FIRE & BLOOD nukilan George R.R. Martin.
  • HOUSE OF THE DRAGON berlatarkan 300 tahun sebelum peristiwa di dalam siri TV GAME OF THRONES (GOT) – tentang kenaikkan House Targaryen di perairan Westeros.
  • Veteran daripada GOT pengarah Miguel Sapochnik (Battle of the Bastards, The Bells) dan penulis Ryan Condal akan menyeliakan projek ini, serta menjadi penerbit eksekutif HOUSE OF THE DRAGON bersama George R.R. Martin dan Vince Gerardis.
  • Skrip musim pertama HOUSE OF THE DRAGON kini sedang ditulis dan masih tiada pelakon yang terpilih yang untuk projek ini.

“For me for right now, I think getting HOUSE OF THE DRAGON on the air will be the number one priority. There are no other blinking green lights or anything like that. Sometime down the road who knows, but there are no immediate plans. We are all focusing on HOUSE OF THE DRAGON.”

Casey Bloys, Presiden Pemprogaman, HBO
  • HOUSE OF THE DRAGON adalah satu daripada empat projek spin-off GOT di HBO sebelum ini. Projek prekuel siri TV BLOOD MOON telah ditolak, manakala tiga projek prekuel yang lain dibekukan setakat ini…

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik HOUSE OF DRAGON,GAME OF THRONES dan HBO di:

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk siri TV prekuel GAME OF THRONES terbaru, HOUSE OF THE DRAGON yang bakal terbit pada tahun 2022?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...