“I’m a Mandalorian. Weapons are a part of my religion!”

— Din Djarin, THE MANDALORIAN, (2019).

Musim pertama siri televisyen (TV) THE MANDALORIAN yang disiarkan melalui pelantar penstriman Disney+ merupakan satu-satunya siri TV yang berjaya menawan hati dan minda peminat tegar STAR WARS di seluruh dunia pada tahun 2019. Kini, ketahui 5 spekulasi kami tentang musim kedua THE MANDALORIAN:

  • Pada 28 Disember 2019 (apabila episod terakhir musim pertama disiarkan) penerbit eksekutif Jon Favreau telah mentularkan melalui laman Twitter dan Instagramnya bahawa musim kedua THE MANDALORIAN bakal disiarkan pada lewat tahun 2020.
  • #SpekulasiMusimKedua – Di penghujung musim pertama, The Armorer telah menugaskan Mando untuk mengembalikan Baby Yoda kepada planet/spesis asalnya, walaupun puak Jedi adalah ‘sorcerers’ dan musuh utama puak Mandalorian! Spekulasi kami di BuzzPopTV, ini akan menjadi plot utama bagi musim kedua nanti.
  • #SpekulasiMusimKeduaFinale musim pertama juga memaparkan Moff Gideon menyelamatkan dirinya daripada kapal TIE Fighternya yang terdampar — menggunakan sebilah Darksaber! Semestinya Gideon bakal tampil kembali pada musim kedua dengan Darksabernya. Ketahui asal-usul senjata legenda Mandalorian ini dengan lebih lanjut di dalam video di bawah:
  • #SpekulasiMusimKedua – Makhluk asing yang ditularkan oleh Favreau adalah seorang Gamorrean — spesis yang menjadi pengawal di istana Jabba the Hutt. Memandangkan Mando berkerja di dalam kancah penjenayah dunia Star Wars, tidak mustahil sekiranya keluarga mafia Hutt akan tampil di dalam musim kedua nanti.
Original Trilogy
  • #SpekulasiMusimKeduaDeadline.com melaporkan minggu lepas: “Insiders have hinted that several established characters from The Skywalker Saga feature films mythology will make appearances in Season Two”. Adakah ini bermaksud bahawa kita bakal melihat watak-watak klasik seperti Boba Fett ataupun Luke Skywalker tampil di dalam musim kedua THE MANDALORIAN?

#SoalanCepumas

Sekiranya anda menyukai liputan kami tentang musim kedua THE MANDALORIAN ini, selidik artikel-artikel kami yang lepas tentang dunia STAR WARS di:

Apakah harapan anda untuk musim kedua THE MANDALORIAN yang bakal disiarkan di pelantar penstriman Disney+ pada lewat tahun 2020 nanti?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...