“Ma’am, if I had an escape pod, I would put you in it. [Whispers] And set the fucking thing on fire.”
— Captain Tyan Clark , AVENUE 5, (2020).
Pengarah dan penulis tersohor Armando Iannucci (Veep, The Thick Of It) tampil dengan siri televisyen (TV) sci-fi terbarunya melalui saluran HBO yang membayangkan kapal pelayaran eksklusif (seperti TITANIC) dan komedi jenis satira yang timbul apabila ia terdampar di angkasa lepas!
- Pelakon komedi Josh Gadd (Frozen, Beauty and the Beast) memainkan watak Herman Judd di dalam siri TV ini, seorang jutawan segila Elon Musk (Tesla) dan Richard Branson (Virgin Group) yang mengimpikan pelancongan angkasa lepas adalah suatu idea bernas yang boleh dijadikan suatu kenyataan jika cukup duit dilonggokkan untuk menjadikannya realiti.
Pada pendapat penulis, Gadd sedang cuba meniru vibe gila-gila ‘idiot-savant‘ ala pelakon komedi Jack Black, namun tidak kesampaian setakat ini berdasarkan featurette di atas… Harap-harap di dalam episod-episod sebenar nanti, Gadd akan lebih menyakinkan apabila memainkan watak jutawan Judd!
- Alumni HBO, pelakon komedi Zach Woods (Silicon Valley, Veep) memainkan watak Matt Spencer, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelanggan yang bertanggungjawab memastikan pelanggan-pelanggan di atas kapal pelayaran AVENUE 5 mempunyai pengalaman yang menakjubkan!
Namun begitu, berdasarkan watak-watak ‘lemah semangat’ yang dimainkan oleh Woods sebelum ini, nampaknya Spencer akan menjadi sumber kebanyakkan daripada komedi di dalam siri TV ini.
- Terokai disebalik tabir produksi dan temui Captain Ryan Clark (pelakon Hugh Laurie daripada HOUSE) yang bertanggungjawab mengemudi kapal pelayaran AVENUE 5, serta Iris Kimura (pelakon Suzy Nakamura daripada THE WEST WING) tunggak utama dan CEO kepada Judd Corporation.
Dua pelakon yang berkaliber memainkan watak-watak penting di dalam komedi ini – bagaikan ‘straight man‘ kepada lawak-lawak yang bakal berlaku di atas skrin nanti.
- Treler rasmi AVENUE 5 serta tragedi yang menimpanya mengingatkan penulis tentang kapal pelayaran eksklusif daripada filem animasi WALL-E ataupun bagai kapal TITANIC versi angkasa lepas!
- Musim pertama siri TV komedi satira sci-fi AVENUE 5 sepanjang 4-episod disiarkan melalui saluran HBO di seluruh dunia mulai hari Ahad, 19 Januari 2020.
Dapatkah penulis tersohor Armando Iannucci menempa kejayaan dengan siri AVENUE 5, seperti ciptaan-ciptaannya sebelum ini – satira politik Veep dan The Thick Of It?
Poster Dan Sinopsis AVENUE 5
“Onboard the interplanetary cruise ship the Avenue 5, a massive systems malfunction sends the titular vessel far off course. It’s estimated it will take the ship years to return to Earth, and with only enough supplies to sustain her many passengers for the intended month-long cruise, the crew of the Avenue 5 must struggle to maintain order and return the craft safely.“
Sinopsis Siri TV AVENUE 5
#SoalanCepumas
Apakah harapan anda untuk siri TV komedi satira bergenre sci-fi AVENUE 5 daripada saluran HBO?
Bincangkan.