Pelantar penstriman Disney+ mengumumkan 600 filem dan siri TV… melayari selama 100 tahun
- Disney memuatnaik bebenang Twitter sepanjang 300 kicauan minggu lepas – menonjolkan 600 rancangan yang akan disiarkan mulai pelancaran Disney+ pada hari pertama
- Rancangan yang diumumkan termasuk filem animasi Disney yang pertama ‘Snow White and the Seven Dwarfs’ (1937)
- Rancangan yang termasuk juga menampilkan filem-filem lama seperti ‘The Story of Perri’ (1957) serta filem-filem klasik daripada 20th Century Fox seperti ‘Miracle on 34th Street’ (1973)
- Siri-siri lain yang ditonjolkan adalah pelbagai filem dan siri TV bertemakan Star Wars dan aksi adiwira daripada Marvel Cinematic Universe
- Disney+ juga akan menampilkan rancangan daripada 20th Century Fox, National Geographic, Pixar, dan Disney Animation Studios
Bebenang Twitter Terpanjang Di Dunia?
Layari kesemua 600 rancangan yang ditawarkan Disney+ mulai hari pertamanya dengan mengklik bebenang Twitter di bawah sepanjang 300 kicauan:
Treler YouTube Terpanjang Di Dunia?
Sekiranya anda mempunyai masa terluang sebanyak beberapa jam, laman YouTube DISNEY juga mentularkan sebuah treler video sepanjang 3 jam dan 17 minit yang memaparkan klip kesemua rancangan Disney+ yang ditawarkan mulai hari pertama pensiaran bermula untuk pelantar penstriman ini:
#SoalanCepumas
Apakah siri TV ataupun filem yang anda nanti-nantikan untuk dilayan di atas pelantar penstriman Disney+ pada hari pertama nanti?
Bincangkan.