“THE WITCHER: NIGHTMARE OF THE WOLF will expand the world of Netflix’s live-action show, THE WITCHER with a powerful new threat facing the Continent.”
— Netflix, Press Release, (Jan 2020).
Netflix telah mengumumkan filem animasi THE WITCHER: NIGHTMARE OF THE WOLF bakal diterbitkan berdasarkan sambutan hangat siri televisyen (TV) Netflix di seluruh dunia. Jom pelajari 5 fakta yang anda wajib tahu tentang filem animasi ini!
- Sejurus selepas kejayaan siri TV THE WITCHER di pelantar penstriman Netflix, kini filem animasi THE WITCHER: NIGHTMARE OF THE WOLF bakal diterbitkan berdasarkan usahasama Netflix dengan studio animasi Korea – Studio Mir.
- Menurut penyelia produksi siri TV Netflix THE WITCHER Lauren Hissrich, dia telah menyimpan rahsia tentang filem animasi ini selama setahun – menandakan bahawa projek ini sudah di dalam perancangan semenjak awal 2018-2019 lagi.
- Penerbit siri TV Netflix THE WITCHER, Hissrich dan Beau DeMayo juga terlibat disebalik tabir filem animasi THE WITCHER: NIGHTMARE OF THE WOLF.
- Untuk pembaca yang tidak arif, Studio Mir mula menempa namanya dengan siri-siri TV animasi yang popular seperti THE LEGEND OF KORRA di Nickleodeon(2012-2014) dan VOLTRON: LEGENDARY DEFENDER di Netflix (2016-2018).
- Menurut Netflix, berdasarkan laporan pendapatannya untuk Q4 2019, lebih daripada 76 juta akaun telah menonton THE WITCHER di dalam 4 minggu pertamanya di pelantar penstriman tersebut – menjadikannya siri TV terlaris yang diterbitkan pada tahun 2019!
Sekiranya anda teruja dengan muzik-muzik yang didendangkan di dalam siri TV Netflix THE WITCHER, jangan khuatir kerana THE WITCHER SOUNDTRACK VOL. 1 bakal disiarkan kepada seluruh dunia melalui Spotify dan iTunes pada hari Jumaat, 24 Januari 2020.
Poster Dan Sinopsis Siri TV Netflix THE WITCHER
“Geralt of Rivia, a solitary monster hunter, struggles to find his place in a world where people often prove more wicked than beasts. The Witcher premiered on 20 December 2019 on Netflix.”
Sinopsis THE WITCHER
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik THE WITCHER dan saluran NETFLIX di:
- #TriviaTV – Disebalik Tabir THE WITCHER
- #TriviaTV – Kenali Watak-Watak Utama THE WITCHER
- Produksi Siri TV Netflix THE WITCHER Telah Bermula!
- Duffer Bros Menandatangani Kontrak Eksklusif Bersama Netflix!
- Disebalik Tabir Produksi Netflix/BBC’s DRACULA!
#SoalanCepumas
Apakah yang anda harapkan daripada animasi THE WITCHER: NIGHTMARE OF THE WHITE WOLF nanti?
Bincangkan.