“Loyalty means everything to the Clones!”

— Anakin Skywalker, STAR WARS: THE CLONE WARS, (2020).

Empat episod terakhir untuk musim ketujuh siri TV Disney+ STAR WARS: THE CLONE WARS akan memaparkan peperangan ‘The Siege Of Mandalore’ yang melibatkan pihak Jedi, Clone Troopers, dan Mandalorians menentang Darth Maul serta sindiket jenayah Crimson Dawn:

  • Pelantar penstriman Disney+ telah mentularkan treler acah bagi empat episod terakhir STAR WARS: THE CLONE WARS yang akhirnya akan memakbulkan harapan ramai peminat tegar siri ini sejak ia dibatalkan pada tahun 2014 – ‘The Siege Of Mandalore’.
  • Untuk pembaca yang tidak arif, ‘The Siege Of Mandalore’ adalah peristiwa penting di dalam sejarah STAR WARS kerana ia memaparkan sindiket Crimson Dawn di bawah kepimpinan Darth Maul menggulingkan kerajaan Mandalore.
  • Satu kritikan utama oleh peminat tegar THE CLONE WARS adalah apabila musim keenamnya dibatalkan pada tahun 2014, siri ini tidak bersambung langsung dengan filem STAR WARS: EPISODE III REVENGE OF THE SITH.
  • Kini, peminat tegar STAR WARS akhirnya boleh menonton bagaimana musim ketujuh THE CLONE WARS bersambung dengan babak pembukaan REVENGE OF THE SITH di mana Anakin Skywalker dan Obi-Wan Kenobi cuba menyelamatkan Chancellor Palpatine yang ditawan oleh General Grievous dan Count Dooku.
  • Selain daripada itu, peminat tegar juga boleh mengharapkan konklusi kepada vendetta General Kenobi terhadap Darth Maul – selepas Maul membunuh ketua Mandalorian dan kekasih Kenobi, Duchess Satine Kryze.

#Komen5KupangKu – Aku berminat untuk melihat bagaimana musim ketujuh STAR WARS: THE CLONE WARS akan mengaitkan pengalaman Clone Troopers yang setia kepada Ahsoka Tano dengan perintah Order 66 di penghujung filem EPISODE III nanti!

#SoalanCepumas

Empat episod terakhir bagi musim ketujuh STAR WARS: THE CLONE WARS yang memaparkan peperangan ‘The Siege Of Mandalore’ bakal bermula pada hari Jumaat, 17 April 2020.

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik STAR WARS, studio LUCASFILM, serta syarikat DISNEY di:

Apakah harapan anda untuk empat episod terakhir musim ketujuh siri TV Disney+ STAR WARS: THE CLONE WARS nanti?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...