“When we were outlining [GOT] season one, and at that point it was just the two of us and Bryan Cogman, we’d start putting scenes out in index cards on the board, as you do; with different colors for each plotline.“
“At one point we had 112 different colors on the board. I remember looking at it and wondering ‘Is this actually going to make sense to anybody? Is this going to be something people can follow?’“
— David Benioff dan D.B. Weiss, Austin Film Festival, (2019).
Penyelia produksi serta para penulis GAME OF THRONES (GOT) David Benioff dan D.B. Weiss (D&D) mengemparkan penonton di Festival Filem Austin minggu lepas, apabila mereka mengakui kesalahan-kesalahan yang berlaku disebalik tabir ketika mengadaptasikan siri novel George R.R. Martin – A Song of Ice And Fire – ke kaca televisyen (TV):
- Walaupun musim-musim awal siri TV GOT berjaya memenangi pelbagai anugerah serta hati peminat tegar sedunia, namun musim-musim penghujung mengundang banyak kontroversi – dengan kecaman utamanya dilontarkan kepada D&D.
- Dalam sebuah panel di Festival Filem Austin minggu lepas, D&D berkongsi pengalaman mereka mengadaptasikan GOT selama 10 tahun serta masalah-masalah disebalik tabir.
- Episod pertama terpaksa melalui sesi penggambaran sebanyak dua kali kerana D&D tidak pernah menulis skrip untuk dunia TV – “Everything we could make a mistake in [basic scriptwriting for TV], we did.”
- Duo ini juga mengakui bahawa mereka tidak memahami watak-watak nukilan George R.R. Martin pada mulanya, sehinggakan HBO memaksa mereka untuk menulis dan merakam kandungan sebanyak 100 minit untuk setiap episod – kerana episod-episod awal hanya mempunyai kandungan sebanyak 39 minit.
- Berkenaan kritikan bahawa siri TV GOT terlalu ganas, mereka mengakui bahawa ia agak keterlaluan pada beberapa peringkat – “We went too far with some of those.”
Liputan Langsung Oleh @ForArya
Penulis dan peminat tegar GOT, Needle & Pen (@ForArya) membuat liputan langsung daripada panel di Festival Filem Austin minggu lepas melalui laman Twitternya, yang mengungkit pelbagai kenyataan kontroversial oleh D&D:
Kritikan Untuk Liputan @ForArya
Namun, menurut laman Watchers on the Wall bebenang Twitter @ForArya menonjolkan D&D di dalam versi yang seburuk mungkin – kerap kali mengambil lawak jenaka ketika panel tersebut sebagai kenyataan benar, serta memetik pernyataan mereka secara salah.
Ikuti panel GAME OF THRONES di Festival Filem Austin di dalam bentuk audio di bawah untuk mendengar pengakuan penulis D&D sepenuhnya:
#SoalanCepumas
Apakah pendapat anda tentang kenyataan oleh David Benioff dan D.B. Weiss tentang pengalaman mereka disebalik tabir GAME OF THRONES selama 10 tahun ini?
Adakah D&D melambangkan masalah sistemik di industri Hollywood dimana lelaki berkulit putih mendapat lebih banyak peluang untuk berkarya sehingga berjaya – walaupun mereka kurang mahir jika dibandingkan dengan penulis wanita ataupun yang bukan berkulit putih? 🤔
Bincangkan.