“Ladies & Gentleman, get to know MAYA HAWKE. She’s the real thing.”

Bagi peminat tegar siri TV STRANGER THINGS, sekiranya anda sudah berjaya mengkhatamkan musim ketiga yang disiarkan melalui pelantar penstriman Netflix sejak 4 Julai 2019 – anda semestinya teruja dengan penampilan watak terbaru untuk musim ini yang bernama “Robin” lakonan Maya Hawke!

Untuk pembaca yang kurang arif, watak Robin yang dimainkan oleh Maya Hawke adalah seorang remaja yang berkerja di “Scoops Ahoy” di StarCourt Mall — sebuah kedai aiskrim premium bertemakan pelayaran dimana watak Steve Harrington (lakonan Joe Keery) juga bekerja separuh masa. Di dalam musim ketiga siri TV ciptaan Matt Duffer dan Ross Duffer ini, Robin memainkan peranan penting untuk menolong krew Hawkins membanteras malapetaka daripada anasir jahat dunia “The Upside Down”.

Rupa-rupanya, lakonan Maya Hawke yang memberangsangkan sebenarnya terikat kepada asal-usulnya yang berkaitan dengan dua pelakon zaman 1990-an yang berbakat…

Sememangnya memek muka Maya tampak sebijik bagaikan gabungan ibu bapanya yang berjaya mewarnai industri perfileman Hollywood sejak zaman 1990-an lagi – Ethan Hawke dan Uma Thurman.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan…

Bapa Borek, Anak Rintik

Ramai peminat tegar STRANGER THINGS mengakui bahawa penampilan Maya Hawke sebagai Robin membawa nafas baru kepada musim ketiga siri TV ini – dengan kelicikkannya bertutur dan menerjemah bahasa Russia untuk mengintip kancah eksperimen Soviet Union di tengah-tengah bandar Hawkins, serta sifat motivasinya yang tak pernah mengaku kalah walaupun di dalam keadaan bahaya.

Bapa Maya juga amat teruja dengan lakonannya, sehinggakan Ethan Hawke memuat naikkan kenyataan tersebut di laman Instagramnya sejurus selepas musim ketiga STRANGER THINGS terbit di pelantar penstriman Netflix:

Ibu Maya, pelakon Uma Thurman juga memuat naikkan kenyataan tersebut di laman Instagramnya -menyambut kejayaan anak sulungnya memainkan peranan penting di dalam musim ketiga STRANGER THINGS:

Walaupun kedua-dua pelakon berbakat ini sudah bercerai selama 14 tahun yang lepas, namun mereka tetap bersepakat tentang perihal kekeluargaan – terutamanya apa-apa yang berkaitan dengan anak bujang mereka yang berumur 17-tahun (Levon) dan anak sulung perempuan mereka (Maya) yang berumur 21-tahun.

Sokongan Ibu Bapa 100%

Untuk pembaca yang tidak arif, pelakon Ethan Hawke (48-tahun) dan Uma Thurman (49-tahun) bertemu 22 tahun lepas pada tahun 1997 di set penggambaran filem GATTACA – ketika mereka berlakon bersama sebagai pasangan di dalam dunia utopia Sci Fi futuristik tanpa penyakit genetik. Setahun kemudian, mereka berkahwin selama 7 tahun – sehinggalah kedua-duanya memilih untuk bercerai pada tahun 2005 dan mengambil halu tuju masing-masing yang berlainan.

Walaupun Uma Thurman dan Ethan Hawke kedua-duanya adalah pelakon yang pernah dicalonkan untuk Anugerah Oscar dimasa lampau, namun Maya mengakui bahawa dia tidak pernah merasai apa-apa tekanan untuk mengikuti jejak langkah ibu bapanya di dalam industri Hollywood.

Menurut Maya Hawke yang diwawancara oleh DJ Jenny McCarthy di SiriusXM’s The Jenny McCarthy Show: “My parents are wonderful and really supportive and have given me a lot and I feel really grateful to have their support.”

Anda boleh menonton pelakon Maya Hawke di dalam musim ketiga siri TV STRANGER THINGS yang kini disiarkan di pelantar penstriman Netflix.

“It’s 1985 in Hawkins, Indiana, and summer’s heating up. School’s out, there’s a brand new mall in town, and the Hawkins crew are on the cusp of adulthood. Romance blossoms and complicates the group’s dynamic, and they’ll have to figure out how to grow up without growing apart. Meanwhile, danger looms. When the town’s threatened by enemies old and new, Eleven and her friends are reminded that evil never ends; it evolves. Now they’ll have to band together to survive, and remember that friendship is always stronger than fear.”

Sinopsis Rasmi: Musim Ketiga Stranger Things

Musim ketiga STRANGER THINGS menonjolkan lakonan Winona Ryder, David Harbour, Finn Wolfhard, Millie Bobby Brown, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Noah Schnapp, Sadie Sink, Natalia Dyer, Charlie Heaton, Joe Keery, Dacre Montgomery, Maya Hawke, Priah Ferguson, dan Cara Buono.

Kini disiarkan di pelantar penstriman Netflix sedunia.

#StrangerThings #Season3 #MayaHawke #SecretOrigins #HollywoodParents #BuzzPopTV

(Sumber: Today.com)

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...