“It’s a very sad day today.”

— Wil Traval, MESSIAH, (2020).

TERKINI: Pelakon Wil Traval, watak sampingan untuk siri MESSIAH telah mentularkan melalui laman Instagramnya, bahawa musim kedua siri TV penuh kontroversi ini telah pun dibatalkan oleh pihak Netflix.

  • Musim pertama siri TV Netflix sebanyak 10-episod ini yang diterbitkan pada 1 Januari 2020, berakhir dengan sebuah cliffhanger yang menjanjikan jawapan lebih bermakna disebalik identiti sebenar al-Masih bakal terjawab di musim keduanya.
  • Menurut sumber The Hollywood Reporter, Netflix tidak yakin bahawa musim kedua MESSIAH dapat diterbitkan kerana wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus) menghadkan peluang untuk melibatkan barisan pelakon antarabangsa serta pelbagai lokasi diseluruh dunia.
  • Musim pertama MESSIAH berbaur penuh kontroversi. Sejurus selepas treler pertamanya tular, reaksi segelintir Muslim sedunia tentang penggunaan nama al-Masih (Bahasa Arab: المسيح‎ atau Messiah) dicemuh – menimbulkan petisyen di Change.org untuk memboikot siri TV ini.
Kredit: Netflix
  • Dua hari sebelum musim pertama MESSIAH bakal disiarkan di seluruh dunia, The Royal Film Commission of Jordan menggesa agar siri TV ini tidak disiarkan di negara Muslim tersebut – walaupun beberapa babak penting difilemkan di sana.
  • MESSIAH adalah siri TV terbaru untuk menyertai Kelab One-And-Done di pelantar penstriman ini – termasuk siri TV seperti AJ AND THE QUEEN, SPINNING OUT, DAYBREAK, TUCA & BERTIE dan CHAMBERS yang juga dibatalkan selepas hanya satu musim sahaja di Netflix.

#Komen5KupangKu – Walaupun musim pertama MESSIAH menjemput kontroversi pada episod-episod awalnya (daripada penonton beragama Islam, Judaisme dan Kristian), namun pada pertengahan musimnya ia dipenuhi episod filler dimana tiada apa-apa yang penting berlaku sehinggalah finalenya yang menarik kembali.

Sekiranya MESSIAH menuruti format terbaru siri TV Netflix iaitu hanya 6-episod semusim, ia mungkin tidak begitu membosankan di pertengahan musimnya dan tidak mustahil sekiranya ia mendapat ratings yang lebih bernas!

Kini, misteri disebalik identiti sebenar al-Masih di dalam siri TV Netflix MESSIAH akan menjadi rahsia untuk selama-lamanya – sama ada dia sebenarnya adalah Dajjal ataupun…

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik industri hiburan Hollywood dan wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus) di:

Apakah teori anda disebalik identiti sebenar watak al-Masih di dalam siri TV Netflix MESSIAH – berdasarkan babak terakhir daripada finale musim pertamanya?

Adakah anda mengharapkan musim kedua MESSIAH (sekiranya ia tidak dibatalkan oleh Netflix) bakal memberi jawapan yang bermakna kepada anda?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...