#TriviaTV – Previu Dua Siri TV Arrowverse Terbaru – STARGIRL dan GREEN ARROW AND THE CANARIES!

The CW 2020

“Worlds lived, worlds died. Nothing will ever be the same.”

CRISIS IN INFINITE EARTHS, Finale, (2020).

Dengan berakhirnya siri TV crossover CRISIS ON INFINITE EARTHS di saluran The CW hari ini, sudah sampai masanya untuk memfokuskan kepada siri-siri TV Arrowverse terbaru yang bakal terbit mulai bulan September 2020 untuk mengambil alih kehilangan siri TV ARROW!

  • Walaupun siri TV crossover CRISIS ON INFINITE EARTHS daripada saluran The CW tahun ini selama 5-episod (Batwoman, Supergirl, The Flash, Arrow, Legends of Tomorrow) terasa agak poyo, namun dua babak yang penulis paling minati adalah pertembungan DC Multiverse di kaca TV!
Dua highlights daripada siri TV CRISIS ON INFINITE EARTHS yang agak poyo!
Dua babak daripada CRISIS ON INFINITE EARTHS Yang Penulis Paling Minati!
  • Sememangnya CRISIS ON INFINITE EARTHS tidak mungkin dapat menandingi bajet CGI seperti filem AVENGERS: ENDGAME ataupun innovasi penulisan di dalam film JOKER, namun ia berjaya memberi ganjaran kepada peminat tegar DC Comics dengan interaksi bersahaja sebegini:

STARGIRL

  • Siri TV terbaru pertama yang bakal terbit di saluran The CW untuk mengambil alih kehilangan ARROW adalah siri TV STARGIRL – yang berdasarkan komik STARS AND S.T.R.I.P.E. (1999) nukilan penulis legenda DC Comics, Geoff Johns dan artis Lee Moder.

“High school sophomore Courtney Whitmore discovers a powerful cosmic staff and, after learning that her step-father used to be a hero sidekick, becomes the inspiration for a new generation of superheroes.”

Sinopsis STARGIRL

Siri TV ini bakal menerokai zaman silam Arrowverse dengan fokus utamanya kepada THE JUSTICE SOCIETY OF AMERICA (JSA). Di dalam halaman komik, mereka beroperasi ketika zaman Perang Dunia Ke-2. Adakah mereka akan di-retcon ke zaman moden untuk adaptasi siri TV The CW ini?

GREEN ARROW AND THE CANARIES

  • Siri TV terbaru kedua yang bakal terbit di saluran The CW untuk mengambil alih kehilangan ARROW adalah siri TV GREEN ARROW AND THE CANARIES – yang menyambung legasi Oliver Queen daripada ARROW.

“It’s the year 2040 in Star City and Mia Queen (Katherine McNamara) has everything she could have ever wanted. However, when Laurel (Katie Cassidy) and Dinah (Juliana Harkavy) suddenly show up in her life again, things take a shocking turn and her perfect world is upended.

Laurel and Dinah are tracking a kidnapping victim with direct ties to Mia and they need her help. Knowing it will change everything, Mia can’t help but be a hero and she, Laurel and Dinah suit up once again to save the city.”

Sinopsis GREEN ARROW AND THE CANARIES

Siri TV ini bakal menerokai masa hadapan Arrowverse dengan fokus utamanya kepada Mia Queen (anak perempuan Oliver Queen) pada tahun 2040. Apakah yang menyebabkan kedua-dua Black Canaries daripada masa lampau, tampil di masa hadapan Star City nanti?

  • Siri TV STARGIRL dan GREEN ARROW AND THE CANARIES bakal tampil di saluran The CW mulai bulan September 2020 nanti.

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk kedua-dua siri TV terbaru daripada semesta sinematik Arrowverse ini nanti?

Bincangkan.

6 Shares:
You May Also Like