“THIS IS THE WAY!”

— Din Djarin, THE MANDALORIAN, (2019).

Terokai disebalik tabir musim pertama THE MANDALORIAN dan pelajari bagaimana efek visual (VFX) yang berjaya memenangi Anugerah Emmys 2020 dicipta! Ikuti evolusi kapal angkasa Razor Crest di Industrial Light & Magic (ILM) daripada rekaan konsep kepada versi digital dan akhirnya miniatur versi praktikal untuk sesi penggambaran.

  • PEMBANGUNAN KAMERA MOTION CONTROL – Pengarah Kreatif Eksekutif di ILM, Doug Chiang membincangkan bagaimana estetika Perang Dunia Ke-2 menjadi inspirasi bagi kapal angkasa Razor Crest. Penyelia Efek Visual di ILM, John Knoll pula bercerita pengalamannya membina semula sistem kamera motion control Razor Crest – selepas teknologi ini tidak digunakan selama 15 tahun sejak kemajuan VFX berlipat-ganda!
  • BILA OTAI-OTAI VFX BERSEMBANG – Hos TV popular Adam Savage (Mythbusters, Unchained Reaction) bersembang dengan bekas rakan sekerjanya di ILM – Penyelia Efek Visual John Knoll dan Pembina Model veteran John Goodson – untuk mempelajari bagaimana mereka menghidupkan semula teknologi perfileman STAR WARS yang klasik daripada era 1970-an untuk siri TV Disney+ zaman moden, THE MANDALORIAN.
  • PEMENANG ANUGERAH EMMYS 2020 – Berkat kerja keras tenaga kreatif di ILM seperti Doug Chiang, John Goodson dan John Knoll… siri TV Disney+ MANDALORIAN akhirnya berjaya memenangi Anugerah Emmys 2020 bagi kategori Outstanding Special Visual Effects!

#Komen5KupangKu – Harapan aku untuk musim kedua THE MANDALORIAN nanti (30 Oktober 2020), tenaga kreatif di ILM akan terus mencipta inovasi-inovasi terbaru dari segi VFX!

Poster & Sinopsis Musim Kedua THE MANDALORIAN

Poster Musim Kedua THE MANDALORIAN

“The Mandalorian and the Child continue their journey, facing enemies and rallying allies as they make their way through a dangerous galaxy in the tumultuous era after the collapse of the Galactic Empire.”

Sinopsis Musim Kedua THE MANDALORIAN

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik THE MANDALORIAN di:

Apakah elemen yang anda paling sukai daripada musim pertama THE MANDALORIAN yang anda harap diterokai dengan lebih lanjut dalam musim kedua?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...