“Pringles! We’re trapped in a Pringles commercial!”
— Rick, RICK & MORTY, SUPER BOWL, (2020).
Iklan PRINGLES ketika acara Super Bowl ke-54 tahun ini yang bertemakan siri televisyen (TV) Sci Fi popular kesukaan ramai, RICK & MORTY amat meta sekali – memecah dinding keempat apabila Rick menyedari bahawa mereka terperangkap di dalam sebuah iklan untuk produk Pringles:
- Pada bulan Disember 2019, laman media sosial digemparkan dengan pengumuman bahawa PRINGLES akan menghasilkan produk Pringles istimewa berperisa Pickle Rick daripada siri TV popular RICK & MORTY yang di pasaran mulai bulan Februari 2020.
- Sejurus selepas itu pada bulan Januari 2020, saluran Adult Swim mentularkan treler acah PRINGLES x RICK & MORTY yang memberi pandang pertama kepada kolaborasi mereka sempena acara SUPER BOWL 2020 nanti.
- Tentera Morty-bots ini kelihatan sedang mempelajari cara menimbunkan tiga perisa Pringles pada masa yang sama untuk mencipta Pringles perisa baru!
- Di dalam iklan Pringles bagi SUPER BOWL 2020, Rick dan Summer kelihatan sedang menonton sebuah iklan Pringles yang agak membosankan – sebelum Morty muncul dan Rick menyedari bahawa mereka terperangkap di dalam sebuah iklan Pringles!
- #Komen5KupangKu – Iklan SUPER BOWL ini secocok dengan siri TV RICK & MORTY yang sememangnya ‘meta’ – membuat lawak mempertikaikan nilai komersial iklan-iklan Super Bowl yang mencuri daripada pelbagai sumber (TV, filem, komik, novel) semata-mata untuk menjual produk – sambil mengiklankan produk Pringles tanpa segan silu… 😅
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik SUPER BOWL di:
- #TriviaKomik – NFL SUPERPRO, Hero Marvel Comics Paling Poyo!
- #SUPERBOWL2020 – THE ROAD TO F9 Concert & Trailer Drop
- #SUPERBOWL2020 – Poster HAN Dan Sinopsis Rasmi FAST & FURIOUS 9 Tertiris
- #SUPERBOWL2019 – Top 8 Treler Wajib Tonton Daripada SUPER BOWL LIII
- #POPTrivia – Iklan Terbaik SUPER BOWL XXXVIII!
#SoalanCepumas
Apakah pendapat anda sekiranya produk PRINGLES berperisa PICKLE RICK sampai ke Malaysia nanti? Adakah anda teruja untuk merasainya?
Bincangkan.