“We are getting to the point where the amount of green screen that’s being used is massively reduced and the sky’s the limit right now!”

— Richard Bluff, ILM VFX Supervisor, THE MANDALORIAN, (2020).

Terokai disebalik tabir produksi siri TV Disney+ The Mandalorian dan pelajari bagaimana teknologi daripada industri permainan video – Unreal Engine – merevolusikan Set Maya di Hollywood yang berlandaskan penggunaan Dinding LED dan bukannya penggunaan Green Screen!

  • Bab-bab penting di dalam featurette ini (minit dan saat):
    • 1:10 TEKNOLOGI SKRIN UNJURAN – Asal-usul teknologi ini di Hollywood.
    • 1:30 UNREAL ENGINE – Teknologi permainan video revolusikan set maya!
    • 2:10 LIGHTING – Membaiki masalah ‘Lighting’ dan ‘Spill’ dari Green Screen.
    • 3:45 STAGE SPACE – Menurunkan saiz pementasan dan bajet produksi!
    • 5:35 GREEN SCREEN FUTURE? – Hanya untuk babak letupan dan situasi pelbagai krew di dalam shot.

#Komen5KupangKu – Aku berminat dengan aplikasi teknologi Unreal Engine ini di dalam produksi siri TV dan perfileman di Hollywood. Semoga ia akan digunakan untuk lebih banyak produksi di masa hadapan yang bakal menghasilkan karya setaraf dengan musim pertama siri TV Disney+ The Mandalorian!

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan siri TV The Mandalorian serta francais Star Wars di:

Apakah harapan anda untuk musim kedua siri TV The Mandalorian yang bakal terbit di pelantar penstriman Disney+ pada bulan Oktober 2020 nanti?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...