“Prepare to get your butt kicked — Star Spangled Kid style!”

— Courtney Whitmore, STARS AND S.T.R.I.P.E., (1999).

Kesemua fakta yang anda wajib tahu tentang siri TV terbaru STARGIRL yang bakal menyertai dunia adiwira Arrowverse daripada saluran The CW:

  • Komik terbitan DC Comics sepanjang 15-isu ini (daripada Julai 1999 – Sept 2000) memaparkan watak remaja Courney Whitmore sebagai STARGIRL, adiwira terbaru yang bakal beraksi di dalam dunia ARROWVERSE di pelantar penstriman DC UNIVERSE mulai 18 Mei 2020 dan saluran The CW mulai 19 Mei 2020.
  • Selepas acara CRISIS ON INFINITE EARTHS di dalam dunia Arrowverse tahun lepas, kesemua siri TV Arrowverse (THE FLASH, BLACK LIGHTNING, BATWOMAN, SUPERGIRL, LEGENDS OF TOMORROW) kini berlaku di dalam dunia yang sama – EARTH PRIME. Namun, siri TV terbaru STARGIRL adalah satu-satunya siri TV Arrowverse yang akan berlaku di dalam dunia berlainan – EARTH-2.
  • Di dalam realiti EARTH-2, adiwira-adiwira Arrowverse seperti Green Arrow, Batwoman, Supergirl, Black Lightning dan Legends of Tomorrow tidak wujud. Sebaliknya THE JUSTICE SOCIETY OF AMERICA (JSA) adalah adiwira utama yang menjaga keamanan di dunia tersebut.
  • Pada permulaan siri STARGIRL, kebanyakan ahli JSA telah pun terkorban pada masa lampau – ketika mereka menyelamatkan dunia daripada ancaman THE INJUSTICE SOCIETY.
  • Adiwira sidekick bernama Stripes (watak Pat Dugan lakonan Luke Wilson) adalah satu-satunya ahli JSA yang terselamat di dalam realiti ini, kerana dia menyorokkan identitinya serta menjalani kehidupan normal sebagai bapa angkat kepada watak Courtney Whitmore.

#Komen5KupangKu – Apabila Courtney ‘meminjam’ the Cosmic Staff (yang pada asalnya merupakan senjata utama adiwira Starman daripada JSA), antagonis The Injustice Society kembali untuk cuba merampas dan menguasai senjata legenda ini. Dapatkah Courtney/Stargirl berserta Pat/S.T.R.I.P.E. berjaya menangkas anasir The Injustice Society dan menyelamatkan dunia kembali?

Foto-Foto Previu STARGIRL

Sebagai promosi bagi siri TV terbaru STARGIRL, pelantar penstriman DC UNIVERSE telah pun mentiriskan tiga foto eksklusif daripada musim pertamanya yang memaparkan – antagonis The Injustice Society, meja ikonik The Justice Society of America, serta kepulangan seorang watak legenda daripada siri TV THE FLASH…

Ahli-Ahli THE INJUSTICE SOCIETY
Markas Asal THE JUSTICE SOCIETY OF AMERICA (JSA)
Topi Ikonik THE FLASH Daripada EARTH-2, Jay Garrick

#Komen5KupangKu – Memandangkan topi ikonik THE FLASH daripada EARTH-2 tertiris di dalam foto serta treler promosi bagi siri TV terbaru STARGIRL… Adakah ini bermakna bahawa ahli asal JSA – THE FLASH (versi Jay Garrick) serta GREEN LANTERN (versi Alan Scott) bakal membuatkan kameo berbentuk flashback di dalam siri TV ini nanti? 🤔

Poster Dan Sinopsis STARGIRL

STARGIRL will follow the story of Courtney Whitmore (Brec Bassinger) who is a smart, athletic and above all else kind girl. This high school teenager’s seemingly perfect life hits a major speedbump when her mother gets married, and her new family moves from Los Angeles, California to Blue Valley, Nebraska.

Struggling to adapt to a new school, make new friends and deal with a new step-family, Courtney discovers her step-father has a secret; he used to be the sidekick to a superhero. “Borrowing” the long-lost hero’s cosmic staff, Courtney becomes the unlikely inspiration for an entirely new generation of superheroes!

Sinopsis Siri STARGIRL

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik STARGIRL, dunia ARROWVERSE serta syarikat DC COMICS di:

Apakah yang anda harapkan daripada siri TV terbaru Arrowverse – STARGIRL – yang bakal disiarkan melalui pelantar penstriman DC UNIVERSE serta saluran The CW mulai Mei 2020 nanti?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...