“What if Starman was my father?”
— Courtney Whitmore, STARGIRL, (2020).
Terokai watak Stargirl daripada asal-usulnya pada 1999 sebagai ciptaan pertama penulis tersohor Geoff Johns di halaman DC Comics serta pelbagai adaptasinya ke kaca TV selama 20 tahun ini!
- 00:15 GOLDEN AGE LEGACY– Legasi watak Stargirl sebenarnya bermula 80 tahun dahulu dengan watak Star Spangled Kid a.k.a. Sylvester Pemberton dan sidekick-nya Stripesy a.k.a. Pat Dugan di halaman komik Star Spangled Comics #1 pada November 1941. Agak ironik jika difikirkan bahawa versi pertama watak ini merupakan sebuah copycat kejayaan komik Batman dan Robin pada era 1940-an – cuma kelainan utamanya adalah watak dewasa Stripesy merupakan sidekick kepada hero utama/watak remaja Star Spangled Kid!
- 02:25 ENTER STARMAN – Watak Starman a.k.a. Jack Knight pula tampil pada tahun 1994 melalui komik Starman #1 oleh penulis tersohor James Robinson dan pelukis Tony Harris. Robinson memodenkan watak retro Starman (versi Ted Knight) daripada halaman komik Adventure Comics#61 (April 1941) serta menggabungkan legasi Star Spangled Kid dengan legasi Starman – melalui watak Pat Dugan a.ka. Stripesy menjadi bapa tiri kepada Courtney Whitmore a.k.a. Stargirl, dan Courtney akhirnya mewarisi senjata ikonik Starman – The Cosmic Staff!
- 03:55 STARS AND S.T.R.I.P.E. – Versi adiwira DC Comics ketiga yang menyambung legasi Star-Spangled Kid adalah watak Stargirl a.k.a. Courtney Whitmore pada tahun 1999 melalui komik Stars and S.T.R.I.P.E #1 oleh penulis Geoff Johns dan pelukis Lee Moder. Walaupun komik Stars and S.T.R.I.P.E hanya diterbitkan oleh DC Comics sepanjang 15-isu daripada Julai 1999 sehingga September 2000, namun watak Stargirl terus memainkan peranan penting melalui siri komik Justice Society of America (1999-2011).
- 07:35 STARGIRL ANIMATED! – Penampilan watak Stargirl versi animasi di kaca TV bermula di dalam siri Justice League Unlimited (2004-2006) diikuti Batman: The Brave and the Bold (2008) serta Justice League Action (2016) dan Young Justice: Outsiders (2019). Memang jelas sekali bahawa penulis Geoff Johns amat teruja dengan watak Stargirl, kerana sebagai Chief Creative Officer di DC Entertainment (2010-2018) watak ini telah diadaptasikan berkali-kali di dalam pelbagai siri DC Animated.
- 08:10 SMALLVILLE – Watak Stargirl membuatkan penampilan live-actionnya yang pertama di dalam musim kesembilan siri TV Smallville – sebuah episod dua jam yang berjudul Smallville: Absolute Justice. Sehingga kini, inilah siri TV Superman yang berjela-jela panjangnya dan pada pendapat penulis ia penuh dengan melodrama setiap minggu – sampai jadi jenuh nak mengikutinya!
- 08:35 LEGENDS OF TOMORROW – Penampilan kedua watak Stargirl di dalam versi live-action adalah ketika musim kedua siri TV Arrowverse Legends of Tomorrow – sebagai satu daripada empat penjaga The Spear of Destiny. Untuk pembaca yang tidak arif, inilah adaptasi Stargirl yang paling menyimpang daripada asal-usul versi komiknya… Oh Legends…
- 10:05 STARGIRL – Pada tahun 2020, watak Stargirl akhirnya akan mendapat siri TV-nya yang tersendiri yang disiarkan melalui pelantar penstriman DC Universe dan saluran The CW setiap minggu. Pada pendapat penulis, penampilan lincah oleh pelakon baru Brec Bassinger berjaya menghidupkan watak ini bagaikan versi komiknya daripada tahun 1999.
#Komen5KupangKu – Selepas menonton 4-episod pertama siri TV Stargirl, aku amat teruja dengan adaptasi penulis komik Geoff Johns ke kaca TV setakat ini!
Harapan aku adalah Johns akan menggunakan siri TV ini untuk membawa elemen-elemen penting DC Comics daripada era 1940-an seperti ahli-ahli Justice Society of America (termasuk The Flash versi Jay Garrick dan Green Lantern versi Alan Scott) ke dalam dunia Arrowverse suatu hari nanti…
Takkanlah asyik nak adaptasikan watak Batman, Superman dan Wonder Woman sahaja berkali-kali…. Dunia DC Comics kaya dengan pelbagai watak-watak adiwira lain yang juga patut didedahkan kepada masyarakat umum!
Poster Dan Sinopsis STARGIRL
STARGIRL will follow the story of Courtney Whitmore (Brec Bassinger) who is a smart, athletic and above all else kind girl. This high school teenager’s seemingly perfect life hits a major speedbump when her mother gets married, and her new family moves from Los Angeles, California to Blue Valley, Nebraska.
Struggling to adapt to a new school, make new friends and deal with a new step-family, Courtney discovers her step-father has a secret; he used to be the sidekick to a superhero. “Borrowing” the long-lost hero’s cosmic staff, Courtney becomes the unlikely inspiration for an entirely new generation of superheroes!
Sinopsis Siri STARGIRL
Siri TV Stargirl disiarkan setiap hari Isnin di pelantar penstriman DC Universe (sejak 18 Mei 2020) dan setiap hari Selasa di saluran The CW (sejak 19 Mei 2020).
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Stargirl, Arrowverse, serta DC Comics di:
- #TriviaTV – Pandang Pertama Siri TV STARGIRL Daripada ARROWVERSE
- Pandang Pertama THE INJUSTICE SOCIETY OF AMERICA Daripada Siri TV Terbaru Arrowverse STARGIRL
- #TriviaTV – Temui Ahli-Ahli Terbaru JUSTICE SOCIETY OF AMERICA Daripada Siri TV DC Universe STARGIRL
- #TriviaTV – Previu Dua Siri TV Arrowverse Terbaru – STARGIRL dan GREEN ARROW AND THE CANARIES!
- #TriviaKomik – Kenali Asal-Usul Komik CRISIS ON INFINITE EARTHS (1985)
Apakah pendapat anda tentang musim pertama siri TV terbaru Arrowverse, Stargirl – yang kini di dalam episod keempatnya minggu ini?
Bincangkan.