“In 1954, the Swedish government ordered the construction of the world’s largest particle accelerator. The facility was completed in 1969, located deep below the pastoral countryside of Mälaröarna. The local population called this marvel of technology The Loop. These are its strange tales.”
— Simon Stålenhag, TALES FROM THE LOOP, (2015).
Treler rasmi pertama bagi siri TV Amazon Prime TALES FROM THE LOOP dipertontonkan minggu lepas, membawa visi teknologi retro-futuristik impian artis berbangsa Sweden Simon Stålenhag yang bercanggah dengan kehidupan aman di luar bandar pada era 1960-an!
- Daripada Lukisan Ke Kaca TV – Bagi pembaca yang kurang arif, siri TV Amazon Prime ini berdasarkan sebuah art book yang dihasilkan oleh Stålenhag melalui Kickstarter pada tahun 2015 – yang memaparkan dunia alternatif dimana teknologi robot dan makhluk asing bercanggah dengan kehidupan aman di luar bandar.
- Asal-Usul Teknologi Retro-Futuristik – Kesemua lukisan Stålenhag berdasarkan sebuah shared universe, dimana sebuah particle accelerator bernama “The Loop” dibina di bawah tanah sekeliling sebuah pekan — menyebabkan pelbagai peristiwa serta teknologi yang aneh dan penuh misteri berlaku kepada penduduk pekan tersebut!
- Perubahan Geografi – Adaptasi Amazon Prime ini nampaknya menggunakan konsep yang sama, namun lokasi pekan tersebut nampaknya telah ditukarkan daripada kawasan pendalaman Sweden kepada American Midwest – kemungkinannya untuk memudahkan penonton di Amerika Syarikat untuk menghadam siri TV ini.
- Bukan Sekadar Art Book Sahaja – Lukisan-lukisan retro-futuristik yang dicat oleh Stålenhag ini mula tertular sejak tahun 2013 lagi – sehinggakan ia dikumpulkan menjadi art book pada tahun 2015, serta diadaptasikan menjadi sebuah Tabletop Role-Playing Game pada tahun 2016.
- Siri TV retro-futuristik TALES FROM THE LOOP bakal disiarkan melalui pelantar penstriman Amazon Prime Video pada 3 April 2020.
#Komen5KupangKu – Berdasarkan treler rasmi pertama TALES FROM THE LOOP, aku dapat rasakan vibe macam siri TV Netflix STRANGER THINGS doh! Mungkin pasal siri TV nih pun berlatarkan kehidupan di pekan kecil pada zaman ’60-’80an kot…
Poster Dan Sinopsis TALES FROM THE LOOP
“TALES FROM THE LOOP explores the town and people who live above ‘The Loop’, a machine built to unlock and explore the mysteries of the universe – making things possible that were previously relegated only to science fiction.”
Sinopsis Siri TV Amazon Prime TALES FROM THE LOOP
#SoalanCepumas
Apakah harapan anda untuk siri TV retro-futuristik TALES FROM THE LOOP yang bakal disiarkan di Amazon Prime?
Bincangkan.