“Nooo, I’m so sad, but it’s a good decision to protect the crew and participants’ health.”
— TH Fan Tweets, TERRACE HOUSE, (2019-2020).
Siri TV realiti Netflix TERRACE HOUSE terpaksa menghentikan sesi penggambaran musim terbarunya di Jepun sejurus selepas perintah berkurung bagi membanteras wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus) diumumkan untuk seluruh negara.
- Menurut akaun Twitter rasmi TERRACE HOUSE, produksi akan terus tergendala selagi kerajaan Jepun menguatkuasakan perintah berkurung tersebut.
- Episod ke-40 merupakan episod terakhir bagi TERRACE HOUSE 2019-2020 yang akan disiarkan di Netflix Jepun minggu ini sebelum perintah berkurung diperkuatkan.
- Bagi peminat tegar TERRACE HOUSE di luar Jepun, mereka baru sahaja menerima 12 episod terbaru Musim Ketiga Siri 2019-2020 pada 6 April 2020 – yang berakhir dengan Episod ke-36.
- Gencatan penggambaran ini akan mempunyai impak kepada Musim Keempat Siri 2019-2020 kerana produksi tidak akan dimulakan kembali sekurang-kurangya sehingga lah bulan Jun 2020.
- Walaupun penggambaran bagi Musim Keempat TERRACE HOUSE Siri 2019-2020 dimulakan kembali pada bulan Jun 2020, peminat tegar di luar Jepun tidak akan dapat menikmati Episod 37-48 sehinggalah lewat tahun ini!
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Coronavirus serta kesanya kepada industri Hollywood di:
- #TriviaKomik – SAN DIEGO COMIC-CON Mungkin Dibatalkan Kerana Coronavirus
- #TriviaTV – Coronavirus Kiamat Untuk MESSIAH Musim Kedua
- #TriviaFilem – BLACK WIDOW Mangsa Terbaru Coronavirus
- #TriviaTV – 15 Produksi Siri TV Hollywood Yang Terjejas Kerana Coronavirus
- #TriviaKomik – Diamond Comic Distributors Hentikan Pengedaran Komik Amerika Syarikat Ke Seluruh Dunia
Apakah harapan anda untuk Musim Keempat TERRACE HOUSE Siri 2019-2020 apabila sesi penggambaran dimulakan kembali pada lewat bulan Jun 2020 nanti?
Bincangkan.