Pandang pertama disebalik tabir siri televisyen Marvel Studios tersulung bagi pelantar penstriman Disney+, THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER! Untuk pembaca yang tidak arif, produksi telah pun bermula di Atlanta, Georgia sejak hari Jumaat lepas lagi, dan pada awal pagi Isnin pelakon Anthony Mackie serta Sebastian Stan mengumumkannya secara rasmi di laman IG @marvelstudios.
Set Video Disebalik Tabir
Perang kata diantara Anthony Mackie dan Sebastian Stan di dalam video ini agak menarik sekali – membayangkan dua ego (The Falcon dan Winter Soldier) yang akan bertarung di dalam siri televisyen Disney+ ini, sebelum mereka terpaksa berkerja sama untuk menyelamatkan keadaan!
Set Foto Disebalik Tabir
Poster Dan Sinopsis Penuh
“The Falcon and the Winter Soldier is an upcoming Disney+ television series by Malcolm Spellman, featuring Sam Wilson / Falcon and Bucky Barnes / Winter Soldier set in the Marvel Cinematic Universe (MCU). Taking place after Avengers: Endgame, it will mainly focus on Falcon and Bucky’s shared adventures whilst facing against their old enemy Baron Zemo.”
Sinopsis Siri TV Disney+, THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER
#SoalanCepumas
Siri televisyen THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER bakal disiarkan melalui pelantar penstriman Disney+ pada lewat tahun 2020.
Apakah harapan anda untuk siri televisyen Marvel Studios pertama di laman Disney+, THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER nanti?
Bincangkan.