“People like to invent monsters and monstrosities. Then they seem less monstrous themselves.”
— Geralt of Rivia, THE LAST WISH, (1983).
Netflix telah mentularkan tiga featurette yang memaparkan personaliti dan sejarah silam tiga watak utama untuk siri televisyen fantasi THE WITCHER:
- The Witcher adalah kisah epik tentang nasib dan takdir – berdasarkan cerpen dan 8 novel nukilan penulis Poland, Andrzej Sapkowski yang telah diadaptasikan menjadi francais permainan video, siri komik dan permainan tabletop.
Temui Geralt of Rivia
Ramai peminat tegar siri permainan video The Witcher lebih gemar sekiranya pelakon Mads Mikkelsen (Hannibal, Doctor Strange) menyandang watak Geralt kerana perwatakannya lebih mengancam.
Namun fakta utama bahawa Cavill sudah khatam kesemua permainan video The Witcher DAN membaca siri novel asal – agak menyakinkan bahawa penjiwaannya akan lebih bermakna nanti!
- Watak utama Geralt of Rivia dibintangi oleh Henry Cavill – seorang pemburu raksaksa yang sering menyendiri – dikalangan masyarakat manusia yang membencinya.
Geralt of Rivia yang juga dikenali sebagai Gwynnbleid (White Wolf) ataupun Butcher of Blaviken, adalah protagonis utama siri novel nukilan Andrzej Sapkowski serta adaptasi permainan video The Witcher. Sebagai seorang witcher, Geralt menjelajahi the Continent untuk memburu raksaksa yang berleluasa dikeseluruhan benua itu.
Temui Yennefer of Vengerberg
Kritikan utama daripada peminat tegar siri permainan video The Witcher adalah perwatakan pelakon Anya Chalotra yang memainkan Yennefer tidak kelihatan cukup sama dengan wataknya di dalam siri novel dan permainan video – yang ditampilkan berkulit putih melepak seperti visi bangsa Aryan yang ideal.
Namun di dalam zaman baru ini, bukankah bakat seseorang pelakon itu lebih penting daripada warna kulitnya?
- Pelakon Anya Chalotra memainkan watak Yennefer of Vengerberg, yang mula-mula tampil di dalam koleksi cerpen, The Last Wish. Yennefer terus tampil di dalam siri-siri novel seterusnya sebagai “soul mate” Geralt.
Yennefer adalah seorang tukang sihir yang bermastautin di Vengerberg, ibu negeri Aedirn. Dia adalah cinta sejati Geralt of Rivia dan memainkan peranan bagaikan seorang ibu kepada Ciri. Nantikan lebih banyak rahsia tentang Yennefer di dalam siri Netflix THE WITCHER nanti!
Temui Ciri, Lion Cub of Cintra
Tohmahan utama daripada peminat tegar siri permainan video The Witcher adalah sama ada pelakon cilik Freya Allen akan berjaya menyandang watak Ciri untuk menghidupkan adaptasi siri televisyen ini?
- Pelakon berumur 17-tahun Freya Allan memainkan watak Princess Cirilla, tunggak utama kepada keseluruhan saga WITCHER serta musim pertama siri televisyen Netflix ini.
Cirilla Fiona Elen Riannon (yang lebih dikenali sebagai Ciri) adalah puteri daripada negeri Cintra – anak perempuan kepada Permaisuri Pavetta dan Raja Emhyr var Emreis, serta cucu kepada Queen Calanthe.
Poster Dan Sinopsis THE WITCHER
“Geralt of Rivia, a solitary monster hunter, struggles to find his place in a world where people often prove more wicked than beasts. The Witcher is set to premiere on December 20 on Netflix.”
Sinopsis THE WITCHER
#SoalanCepumas
Apakah harapan anda untuk adaptasi THE WITCHER sebagai siri televisyen di pelantar penstriman Netflix mulai 20 Disember 2019 nanti?
Bincangkan.