“My name is Barry Allen, and I am the fastest man alive…”
— Barry Allen, THE FLASH, (2014).
Wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus) telah pun menyebabkan musim keenam siri TV THE FLASH (2019-2020) tergendala. Nasib baik bagi peminat tegar THE FLASH, pelakon Grant Gustin menyedari kekurangan kandungan betemakan DC/The CW ketika krisis ini:
- Maka untuk menaikkan semangat dan membuatkan peminat teruja bagi episod-episod THE FLASH musim keenam yang bakal kembali, Gustin memuatnaikkan sekeping foto di laman Instagram rasminya – menonjolkan Gustin memakai seragam THE FLASH versi hitam ketika sesi pemasangan kostum.
- Penting untuk difahami bahawa seragam THE FLASH versi hitam ini bukanlah seragam rasmi, tetapi sekadar versi disebalik tabir di antara musim keempat dan kelima – yang dirakamkan pada tahun 2018.
- Gustin menghabiskan pos Instagramnya dengan harapan moga-moga dia dapat menyarung seragam THE FLASH hitam di dalam musim hadapan siri TV ini suatu hari nanti…
#Komen5KupangKu – The CW akan menyiarkan beberapa episod musim keenam THE FLASH yang masih tinggal, walaupun episod-episod terakhir akan tergendala kerana sesi penggambaran dihentikan akibat Coronavirus. Musim keenam THE FLASH kembali dengan episod ke-16 yang berjudul ‘So Long and Goodnight’ pada 21 April 2020.
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik THE FLASH, saluran THE CW serta DC COMICS eksklusif di:
- #TriviaTV – 15 Produksi Siri TV Hollywood Yang Terjejas Kerana Coronavirus
- #TriviaKomik – 5 Fakta Menarik Tentang Musuh THE FLASH Musim 6
- #TriviaTV – Pandang Pertama Siri TV STARGIRL Daripada ARROWVERSE
- #TriviaFilem – Sejarah Drama Disebalik Tabir THE FLASH (2014-2022)!
- #LOLFilem – ‘Easter Egg’ FLASHPOINT Dalam Filem AQUAMAN!
Apakah pendapat anda melihat pelakon Grant Gustin menyarung seragam THE FLASH versi hitam di dalam musim hadapan?
Bincangkan.