“Composing the score for eight episodes of THE MANDALORIAN Season 1 was like doing three feature films!”
— Ludwig Göransson, DISNEY GALLERY: THE MANDALORIAN, (2020).
Di dalam episod ketujuh siri TV Disney+ DISNEY GALLERY: THE MANDALORIAN, komposer ternama Ludwig Göransson (Black Panther, Creed) menceritakan inspirasinya bagaimana dia mencipta lagu-lagu tema bagi kelapan-lapan episod musim pertama The Mandalorian!
- ALAT MUZIK SEKOLAH – Perkara pertama yang dilakukan oleh Ludwig Göransson ketika ditugaskan untuk menulis lagu tema The Mandalorian adalah membuat pesanan bagi beberapa pasang seruling recorder (alat muzik sekolah yang popular di Malaysia pada era 1980-an). Göransson kemudian membaca skrip musim pertama dan menyendiri di studionya selama sebulan bersama instrumen-instrumennya tanpa penggunaan komputer. Selepas diinspirasikan oleh instrumen seruling recorder yang belum pernah digunakannya, Göransson menambah elemen gendang, piano dan gitar untuk melengkapkan tema tersebut.
- CADANGAN COOGLER – Göransson telah dicadangkan kepada pencipta dan penyelia produksi The Mandalorian Jon Favreau oleh pengarah filem Black Panther Ryan Coogler (yang merupakan rakan sebilik Göransson di University of Southern California) dan bintang The Lion King Donald Glover. Göransson yang baru memenangi anugerah Oscars bagi Best Original Score untuk filem Black Panther, diminta oleh Favreau dan penerbit eksekutif Dave Filoni untuk merealisasikan visi ‘dystopian twist’ kepada tema The Mandalorian yang lain daripada tema klasik francais Star Wars!
- SKOR YANG IKONIK TAPI BERLAINAN – Menurut Favreau: “The musical score is the lightning rod for Star Wars because it’s the one thing all the fans can agree on! At the same time, I don’t want to use familiar themes as a shortcut to get through to the audience.”
- INSTRUMEN RETRO – Göransson menggunakan sebuah penyintesis gitar yang unik daripada zaman 1970-an Roland GR-500 untuk melengkapkan skornya: “You can’t do music for Star Wars without working on something that looks like a robot,”. Göransson juga menggunakan orkestra yang penuh untuk menghormati tradisi Star Wars serta memberi bunyi yang lebih klasik kepada muzik eksperimentalnya.
- RUJUKAN GENRE RETRO – Sebagai rujukan untuk temanya, Göransson disyorkan untuk mendengar skor-skor ikonik oleh komposer tersohor genre Spaghetti Western Ennio Morricone dan daripada filem-filem pengarah Jepun Akira Kurosawa – kerana menurut Favreau, siri TV Disney+ The Mandalorian adalah sebuah siri yang diinspirasikan genre Samurai dan Western.
#Komen5KupangKu – Agak ironik bagaimana alat muzik sekolah Malaysia yang dibenci ramai ketika zaman 1990-an dulu menjadi inspirasi utama oleh komposer Ludwig Göransson bagi lagu tema siri TV Disney+ The Mandalorian! 😂
Siri TV Disney+ DISNEY GALLERY: THE MANDALORIAN amat disyorkan kepada peminat tegar musim pertama siri TV The Mandalorian yang berminat untuk mempelajari tentang fakta-fakta disebalik tabir produksi ini dengan lebih lanjut.
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik siri TV Disney+ The Mandalorian serta francais Star Wars di:
- #TriviaTV – Bagaimana Teknologi Permainan Video Merevolusikan Set Maya THE MANDALORIAN
- #TriviaTV – Kesemua Fakta Yang Anda Wajib Tahu Tentang Musim Kedua THE MANDALORIAN
- #TriviaTV – Siri Dokumentari Disney+ DISNEY GALLERY Terokai Disebalik Tabir Produksi THE MANDALORIAN
- #TriviaTV – 5 Spekulasi Tentang Musim Kedua THE MANDALORIAN
- #TriviaTV – Kesemua Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang THE MANDALORIAN
Apakah pendapat anda tentang inspirasi komposer Ludwig Göransson bagi lagu tema siri TV Disney+ The Mandalorian yang berdasarkan seruling recorder?
Bincangkan.