“It’s time for some shell shock!”
— Raphael, POWER RANGERS IN SPACE, (1998).
Untuk pembaca yang tidak arif, kolaborasi ini semua bermula pada tahun 1998 apabila kumpulan adiwira TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES bertemu dengan POWER RANGERS untuk kali pertama:
- PUKAUAN ’90AN – Di dalam episod keempat siri TV POWER RANGERS IN SPACE yang berjudul “SHELL SHOCKED”, mereka bertembung dengan Teenage Mutant Ninja Turtles daripada siri TV NINJA TURTLES: THE NEXT MUTATION – kerana pelan terkutuk antagonis Astronema yang memukau Turtles untuk mencuri kenderaan Astro MegaShip daripada Space Rangers.
- CROSSOVER TERAKHIR – Syukurlah Turtles akhirnya berjaya mengatasi pukauan Astronema dan berganding bahu dengan Space Rangers untuk menumpas komplot terkutuknya! Crossover siri TV ini merupakan kali terakhir di dalam hayat siri TV POWER RANGERS berganding dengan watak-watak yang bukan merupakan Power Rangers.
- TOMMY VS NYC – Pada bulan Disember 2019, syarikat BOOM Studios dan IDW Comics berkolaborasi untuk menerbitkan komik bersiri mini 5-isu MIGHTY MORPHIN POWER RANGERS/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES oleh penulis Ryan Parrott dan pelukis Simone di Meo – memaparkan apa terjadi apabila Green Ranger (Tommy Olliver) berkerjasama dengan Shredder!
- MUSIM PERTAMA – Menurut penulis Ryan Parrot: “The story isn’t set in any particular part in the comics continuity, but is more or less set during the first seasons of both of the iconic ’90s television series. Although I love both the comics, I wanted even the passing fans to be able to come aboard without any prior knowledge. The series will have a lot of familiar locations, feature a slew of fan favorite characters from both series and plenty of giant monsters!”
- MORPHIN TURTLES!!! – Kemuncak utama untuk komik bersiri mini 5-isu MIGHTY MORPHIN POWER RANGERS/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES ini adalah apabila kedua-dua kumpulan ini bertukar identiti dan Ninja Turtles menjadi Power Rangers di dalam isu ke-4!
#Komen5KupangKu – Melihat tranformasi identiti di antara Power Rangers dengan Ninja Turtles adalah amat menyeronokkan bagi peminat tegar TMNT dan POWER RANGERS sejak era 1990-an! Oleh kerana wabak Covid-19 (Coronavirus), komik kolaborasi ini masih belum berakhir… namun isu ke-5 mungkin diterbitkan pada bulan Jun/Ogos 2020 sekiranya industri komik Amerika Syarikat dibukakan kembali.
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES serta Kolaborasi Komik di:
- #TriviaKomik – Tahukah Anda BATMAN Dan TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES Pernah Berganding Bahu?
- #KOMIKINI | RED SONJA And VAMPIRELLA Meet BETTY And VERONICA, GIANT-MEN, Penamat BATMAN/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES!
- #KOMIKINI | X-Force Masa Hadapan, Komik Prekuel STRANGER THINGS, Komik Kolaborasi TRANSFORMERS/GHOSTBUSTERS!
Apakah pendapat anda tentang kolaborasi MIGHTY MORPHIN POWER RANGERS/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES?
Bincangkan.