“If you don’t mind, for the sake of your poor old dad, keep the door open three inches.”

— Hopper, STRANGER THINGS 3, (2019).

Treler acah terbaru untuk musim keempat siri televisyen Netflix STRANGER THINGS memaparkan kepulangan mengejut watak yang disukai ramai; serta suatu janji bahawa musim terbaru ini bakal menerokai di luar kawasan pekan Hawkins, Indiana:

Treler Acah: “From Russia With Love”
  • Berdasarkan babak pos-kredit di penghujung episod terakhir STRANGER THINGS musim ketiga serta treler acah musim keempat diatas, watak Chief Jim Hopper (pelakon David Harbour) kini kembali(!) – walaupun kali terakhir kita melihat Hopper adalah apabila dia mengorbankan diri untuk menutup pintu dimensi di bawah Starcourt Mall.
  • Kemunculan Hopper di Russia (di dalam treler acah di atas) mungkin bersangkut paut dengan campur tangan kerajaan Russia dengan dimensi Upside Down – memandangkan mereka mempunyai tawanan makhluk Demogorgon sejak musim ketiga lagi.
  • Masih tiada indikasi tentang tarikh terbit musim keempat STRANGER THINGS oleh pelantar penstriman Netflix setakat ini. Namun, memandangkan Netflix sudah mula memasarkan musim terbaru ini, nampaknya ia bakal muncul tidak lama lagi!
Treler Acah: “We’re Not In Hawkins Anymore”
  • Sebelum ini pada 30 September 2019, Netflix telah mengumumkan bahawa musim keempat STRANGER THINGS bakal memasuki fasa produksi.
  • Pada hari yang sama, adik-beradik Duffer menandatangani kontrak untuk mencipta lebih banyak siri televisyen dan filem yang eksklusif untuk disiarkan di pelantar penstriman Netflix sahaja.

#Komen5KupangKu – Baguslah Hopper sudah disahkan bakal pulang ke francais STRANGER THINGS! Pada aku, pelakon David Harbour dan Winona Ryder adalah dua tunggak utama yang membawa kepada kejayaan francais ini sejak musim pertama lagi… Tak tahan rasanya nak melayan siri-siri baru daripada Duffer Bros nanti!

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik STRANGER THINGS serta pelantar penstriman NETFLIX di:

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk musim keempat STRANGER THINGS yang bakal ditayangkan di pelantar penstriman Netflix nanti?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...