Di dalam sebuah temuramah bersama The Late Late Show with James Corden, pelakon Jim Parsons menceritakan bagaimana dia berasa tidak selesa langsung ketika menguji bakat untuk watak Barney Stinson untuk siri TV HOW I MET YOUR MOTHER.

“The funny thing about this is I auditioned to play Barney, and felt I was very wrong for it, and almost ran screaming from the room after I auditioned. Like, ‘Well I did that and I don’t know why.’ They actually made me come back in as if they were interested. Not interested enough because the right person got that part, Neil Patrick Harris.”

Pelakon Jim Parsons tentang ujibakat sebagai watak Barney Stinson.

Kerana fakta industri Hollywood ini wujud, ramai peminat tegar BIG BANG THEORY berpendapat bahawa watak Sheldon Cooper sebenarnya adalah ‘mirror image’ watak Barney Stinson daripada HOW I MET YOUR MOTHER!

Parsons menyangkal #TeoriBrazil peminat-peminatnya di dalam video ini pada minit ke 1:40

#Komen2KupangKuSyukurlah Parsons memutuskan untuk menolak watak Barney Stinson, kerana pilihannya untuk memainkan watak Sheldon Cooper dalam BIG BANG THEORY telah balik modal berlipat ganda dengan pelbagai anugerah yang dimenanginya selama 12 tahun ini!

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...