Selepas 8 tahun siri TV epik oleh pelantar penstriman HBO ini di udara – berdasarkan siri novel fantasi bersejarah oleh penulis George R.R. Martin – ia bakal menyiarkan musim terakhirnya bermula 14 April 2019. Untuk peminat tegar GAME OF THRONES, ia merupakan suatu peristiwa yang dukacita sekali kerana hanya 6 episod lagi yang tinggal sebelum siri ini berakhir selamanya!

Namun, anda tidak perlu gusar kerana 6 episod terakhir pada musim ke-8 ini kesemuanya panjang-panjang belaka – setiap satu bagaikan filem pendek yang hampir atau mencecah 1 jam lebih. Harapannya, penerbit-penulis D.B. Weiss dan David Benioff akan dapat memenuhi visi novelis George R.R. Martin dalam mengakhiri siri TV ini dengan penutup yang memuaskan.

Dapatkah gabungan House Targaryen, House Lannister dan House Stark mengakhiri anasir The Night King dan gerombolan whitewalkers-nya? Adakah House Lannister akan mensabotaj pakatan harapan Westeros ini? Bagaimana pula House Greyjoy yang ingin membawa kekacauan kepada keseluruhan Westeros? Jawapan kepada persoalan-persoalan ini dan banyak lagi bakal dijawab akhirnya dalam masa 2 minggu lagi…

#SoalanCepumas – Siapakah watak ataupun keluarga yang anda harapkan akan bersemayam akhirnya di atas takhta ‘The Iron Throne’ di penghujung siri TV GAME OF THRONES nanti?

Bincangkan.

Musim terakhir siri TV GAME OF THRONES bakal disiarkan melalui pelantar penstriman HBO bermula daripada 14 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik George R.R. Martin diwww.buzzpop.tv!

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...