“Criminals are a superstitious cowardly lot. So my disguise must be able to strike terror into their hearts. I must be a creature of the night, black, terrible… A Bat! A monster in the night.”
— Bruce Wayne, DETECTIVE COMICS #33 (Nov 1939).
Sabtu, 21 Ogos 2019: Ikuti perayaan BATMAN DAY sempena ulangtahun Batman yang ke-80 di tiga belas lokasi terpilih di seluruh dunia, serta reaksi pencipta-pencipta kreatif yang terlibat dengan kejayaan mitologi Batman selama 80 tahun ini!
Untuk pembaca yang tidak arif, perayaan Batman Day adalah sebuah upacara tahunan yang dimulakan oleh syarikat DC Comics pada tahun 2014, apabila adiwira Gotham ini menyambut ulangtahunnya yang ke-75. Sejak itu, perayaan tersebut semakin gah dari segi bilangan peserta dan skala – sehinggakan perayaannya tahun ini melibatkan 13 bandar terpilih di seluruh dunia!
Simbol Batman Menyinari 13 Bandar Terpilih
13 bandar merentasi 6 benua berkerjasama untuk menjayakan perayaan tahun ini – yang dimulakan daripada Melbourne dan diteruskan di Tokyo, Johannesburg, Berlin, Rome, Paris, Barcelona, London, New York, São Paulo, Montreal, Mexico City dan Los Angeles.
Setiap bandar akan menyalakan Bat-Signal mereka untuk menyinari mercu tanda yang terpilih di setiap metropolis tersebut selama 8 jam bermula daripada pukul 8 malam sehinggalah jam 12 malam. Peminat di bandar-bandar tersebut hadir beramai-ramai untuk meraikan upacara ini – kebanyakkanya menyarung cosplay bertemakan Batman pilihan mereka.
Selain daripada itu, kedai komik dan toko buku yang terpilih di seluruh dunia juga menawarkan komik-komik eksklusif yang diterbitkan khusus untuk menyambut ulangtahun ke-80 Batman tahun ini.
Mercu tanda yang terakhir untuk disinari dengan lambang Batman adalah bangunan City Hall di Los Angeles, lokasi bat-signal yang digunakan pada tahun 2017 untuk mengingati pelakon Adam West — daripada siri televisyen Batman yang popular pada zaman 1960-an — ketika pengebumiannya. West berumur 88 tahun sebelum kematiannya daripada penyakit leukimia.
Tenaga Kreatif Menyambut Ulangtahun Ke-80 Batman
Selain daripada itu, pencipta-pencipta kreatif yang pernah menjayakan watak Batman di dalam pelbagai medium daripada buku komik kepada siri TV animasi serta lakon layar membanjiri laman media sosial dengan kenangan terunggul mereka mencipta dunia Batman.
#SoalanCepumas
Bagaimanakah anda sendiri sebagai seorang peminat tegar kesatria Gotham menyambut ulangtahun ke-80 Batman tahun ini?
Bincangkan.
(Sumber: Pelbagai)