“Each day I pray for evening just to be with you… Together at last at twilight time!”
— Lagu ‘Twilight Time’, Nyanyian kugiran 1950-an The Platters, Lagu latar trailer rasmi pertama WANDAVISION.
Marvel Studios telah mengambil kesempatan untuk menonjolkan trailer rasmi pertama bagi siri TV Disney+ WANDAVISION ketika saluran ABC (yang dipunyai oleh konglomerat Disney) menyiarkan lintas langsung Anugerah Emmys semalam:
- PERMULAAN MCU PHASE 4 – Sejurus dengan timbulnya trailer ini, Disney mengumumkan bahawa WANDAVISION bakal mengambil alih THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER (yang acapkali tergendala kerana Covid-19 dan masih dalam fasa penggambaran) sebagai siri TV MCU PHASE 4 yang pertama ditayangkan di Disney+ mulai Disember 2020.
- GANGGUAN MENTAL – Penggunaan lagu ‘Twilight Time’ oleh kugiran 1950-an The Platters untuk trailer rasmi pertama WANDAVISION memang cocok sekali kerana liriknya menonjolkan kesihatan mental Scarlet Witch – yang mula goyah kerana tidak dapat menerimai kematian kekasihnya Vision di penghujung filem AVENGERS: INFINITY WAR!
- POCKET UNIVERSE – Cara realiti Wanda kerap bertukar ganti daripada sitcom 1950-an sehingga 1990-an memberi penghormatan kepada siri-siri TV komedi yang popular sebelum ini…. diikuti lompatan ke realiti yang mengejut – mendedahkan bahawa ini semua sebenarnya berlaku di sebuah markas rahsia S.H.I.E.L.D! 😲
#Komen5KupangKu – Adakah gangguan mental Scarlet Witch di dalam siri TV Disney+ WANDAVISION ini nanti bakal menyebabkan masalah di pelbagai cabang multiverse sehingga Doctor Strange akan terkesan dalam filem DOCTOR STRANGE AND THE MULTIVERSE OF MADNESS nanti?
Tidak mustahil sekiranya aku membuat spekulasi bahawa WANDAVISION bakal menjadi juadah mindfuck yang cukup lazat seperti siri TV X-MEN oleh saluran FX, LEGION!
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik SCARLET WITCH, WANDAVISION, serta MCU PHASE 4 di:
- #TriviaTV – 20 Imej Siri TV Fasa Keempat MCU Di Disney+
- #BuzzPopHariIni – 5 Persoalan Penting Tentang MCU PHASE 4 (2020-2022)
- #TriviaFilem – Parlimen Marvel Studios: Rahsia Disebalik Kejayaan Marvel Studios
- #TriviaKomik – Asal-Usul SCARLET WITCH Dari Marvel Comics Ke WANDAVISION
- #TriviaFilem – 5 Gaya Sinematik SAM RAIMI Yang Anda Boleh Harapkan Dalam DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS
Adakah aplikasi #DisneyPlusHotstarMY akan ditawarkan di seluruh Malaysia sempena siri WANDAVISION ditayangkan di Disney+ mulai Disember 2020 nanti? 🤔
Bincangkan.