Ketika Patty Jenkins diwawancara oleh majalah Vanity Fair tempoh hari untuk projek drama TV terbarunya, I AM THE NIGHT yang bakal terbit pada 28 Januari 2019 – pengarah WONDER WOMAN (2017) dan sekuelnya WONDER WOMAN 1984 (2020) mengesahkan bahawa beliau sudah pun mempunyai pelan untuk melengkapkan trilogi adiwira DCEU ini.
Untuk pembaca yang tidak arif, sekuel WONDER WOMAN 1984 berlatarkan zaman 1980an dan Perang Dingin di antara Blok Komunis (Bersekutu Soviet) dengan Blok Kapitalis (Bersekutu Amerika Syarikat). Di dalam konflik ketegangan geopolitik sedunia ini, Diana Prince/Wonder Woman terpaksa menyelidik misteri di sebalik kepulangan kekasihnya yang mati ketika Perang Dunia Pertama, Steve Trevor – sambil menyelamatkan dunia daripada anasir dewa mistik terbaru yang cuba memporak perandakan alam manusia melalui peperangan berstatus global!
Filem WONDER WOMAN 1984 bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 4 Jun 2020. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang DCEU di www.buzzpop.tv!
#SoalanCepumas – Sekiranya filem-filem WONDER WOMAN sudah melibatkannya dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dingin, apakah Perang yang bakal menjadi latar belakang untuk filem WONDER WOMAN 3 nanti?
Bincangkan.
(Sumber: @VanityFair)